Saturday, May 03, 2008

Projek Perumahan Sri Idaman menubuhkan Jawatankuasa Pro Tem untuk selesaikan masalah bersama







Pembeli-pembeli Projek Perumahan Sri Idaman, Paya Terubong menubuhkan Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelesaikan masalah bersama


Sekumpulan 40 orang pembeli-pembeli Projek Perumahan Rumah Pangsa Sri Idaman di Paya Terubong, Pulau Pinang telah mengunjungi Pusat Perkhidmatan ADUN Air Itam pada 22-04-2008 dan mengadu kepada ADUN Air Itam, YB Wong Hon Wai, yang juga merangkap EXCO Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan tentang masalah mereka.

Projek Sri Idaman telah memulakan kerja pada 21-11-2001. Sijil Penghunian dikeluarkan pada 4-4-2008. Pembeli-pembeli tidak berpuas hati terhadap kelewatan tersebut dan berhasrat menuntut bayaran denda lewat.

Pejabat YB Wong Hon Wai telah mengaturkan satu perjumpaan antara wakil pembeli-pembeli dan juga wakil pemaju pada 30-04-2008. Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan masing-masing. Wakil pembeli-pembeli telah menghantar satu memorandum kepada wakil pemaju.

Atas cadangan YB Wong Hon Wai, pembeli-pembeli telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pro Tem Committee. Ini adalah usaha awal penduduk ke arah menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan berkongsi tanggungjawab untuk pengurusan blok sendiri.

Projek Taman Sri Idaman, Paya Terubong, mempunyai 2 Blok Bangunan (iaitu Blok 9A dan Blok 9B) dan jumlah unit ialah 487 unit rumah kos sederhana rendah dan 16 unit kedai.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Yeoh Soon Hin, ADUN Paya Terubong.


垄尾Taman Sri Idaman 购屋者成立临时委员会来共同解决问题

一群四十位槟州垄尾Taman Sri Idaman 购屋者在四月二十二日到槟州亚依淡区州议员(也是城乡策划和房屋部行政议员)黄汉伟服务中心投诉他们的问题.

Taman Sri Idaman 已经在二零零一年十一月二十一日开始施工. 入伙准证已经在二零零八年四月四日发出. 购屋者不满延期完工决定向发展商索取赔偿.

黄汉伟议员办公室在二零零八年四月三十日安排了一个购屋者和发展商的见面会. 在 这见面会里, 双方都交换意见. 购屋者代表也移交备忘录给发展商代表

在黄汉伟及杨顺兴的提议下, 购屋者采取初步行动成立临时委员会. 这是居民迈向成立联合管理层(JMB)和共同管理家园的初步行动.

垄尾Taman Sri Idaman 拥有两栋建筑物(就是Blok 9A 和Blok 9B), 总共有487个中廉 价屋单位和16个店屋单位.

垄尾区州议员杨顺兴也出席了这个会议.


Taman Sri Idaman 购屋者代表移交备忘录给发展商代表, 由亚依淡区州议员黄汉伟和垄尾区州议员杨顺兴见证.
站者(左至右)- 杨先生(发展商代表), 江先生(Taman Sri Idaman 购屋者代表)
坐者(左至右)- 黄汉伟,杨顺兴

1 comment:

Anonymous said...

Great Work Hon Wai !
Another leftover shit being resolved by DAP ! Hurray !

This is called EFFICIENCY, and many are still dont understand.